بسم الله الرحمن الرحيم
Selasa, 04hb Ogos 2020M–Dengan hormatnya merujuk Sidang Media Situasi Terkini Jangkitan
COVID-19 Di Negara Brunei Darussalam yang diadakan pada hari Rabu, 22 Julai
2020 mengenai pembukaan semula Masjid, Surau dan Balai Ibadat seluruh negara
pada tahap keempat dan langkah pengurangan kawalan.
Sukacita dimaklumkan bahawa Kelas
Al-Quran dan Muqaddam yang diadakan pada hari Jumaat di masjid, surau dan balai
ibadat seluruh negara akan berjalan seperti biasa pembelajarannya bermula pada
hari Jumaat, 07 Ogos 2020.
Sehubungan dengan itu, dimaklumkan pada
para Ibubapa dan penjaga pada murid Kelas al-Quran dan Muqaddam akan mematuhi
garispandu pelaksanaan kelas al-Quran dan Muqaddam di Masjid, Surau dan Balai
Ibadat Seluruh Negara yang ditetapkan oleh Jabatan Hal Ehwal Masjid,
Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.
Garispandu Pelaksanaan Kelas al-Quran dan
Muqaddam di Masjid, Surau dan Balai Ibadat Seluruh Negara adalah seperti
berikut:
Bagi Guru Penghubung dan Guru-Guru
➢ Hadir sebelum jam 8.00 pagi, bagi
memantau kehadiran para murid
➢ Digalakkan untuk berwudhu dari rumah
➢ Mengambil pemeriksaan suhu badan
➢ Digalakkan untuk memakai sungkup muka
(Face Mask)
➢ Sentiasa menjaga kebersihan dengan kerap
mencuci tangan dengan menggunakan sabun atau gel pensanitasi
➢ Elakkan dari bersalam-salaman
➢ Hendaklah segara bersurai setelah semua
murid balik.
Bagi Murid-Murid
➢ Kelas akan berjalan dari jam 8.00 pagi
hingga 10.00 pagi
➢ Digalakkan untuk berwudhu dari rumah
➢ Para ibubapa atau penjaga hendaklah
menghantar dan mengambil murid-murid di luar pintu masjid sahaja
➢ Mengambil pemeriksaan suhu badan
➢ Mencatat kehadiran di dalam buku daftar
yang disediakan
➢ Digalakkan untuk memakai sungkup muka
(Face Mask)
➢ Sentiasa menjaga kebersihan dengan kerap
mencuci tangan dengan menggunakan sabun atau gel pensanitasi
➢ Elakkan dari bersalam-salaman
➢ Hendaklah segara bersurai setelah kelas
berakhir.