Dengan hormat sukacita dimaklumkan bahawa
Pendaftaran Haji akan dibukakan kepada orang ramai bermula hari Isnin, 18
Rabiulakhir 1438H bersamaan 16 Januari 2017M, sebelah pagi bermula jam 8.30
pagi hingga 11.30 pagi dan sebelah petang bermula jam 2.00 petang hingga 3.30
petang.
Sehubungan dengan itu, orang ramai yang
berhasrat untuk mendaftar bolehlah mendapatkan borang pendaftaran haji dengan harga
$2.00 (Dua Ringgit) pada tarikh yang tersebut di atas di pusat-pusat
pendaftaran seperti berikut:
1. Unit
Pendaftaran,
Bahagian
Pengurusan Haji,
Jabatan
Urusan Haji,
Tingkat
2, Bangunan Tambahan Baru,
Kementerian
Hal Ehwal Ugama,
Jalan
Menteri Besar,
Negara Brunei Darussalam.
2. Pejabat-Pejabat
Hal Ehwal Ugama Daerah Belait, Tutong dan Temburong
Tarikh tutup pendaftaran haji ialah pada hari
Sabtu, 18 Rejab 1438H bersamaan 15 April 2017M.
Adalah dimaklumkan juga bahawa permohonan
pendaftaran haji bagi tahun 1438 Hijrah/ 2017 Masihi adalah diletakkan dalam
senarai menunggu.