Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Scrolling Announcements

Manage PermissionsManage Permissions
TAMU USAHAWAN ASNAF ZAKAT

Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Pusat Da’wah Islamiah dengan kerjasama Majlis Ugama Islam Brunei, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan disokong oleh Bank Islam Brunei Darussalam akan mengadakan Tamu Usahawan Asnaf Zakat.

Tamu Usahawan Asnaf Zakat akan diadakan selama 4 hari, bermula Hari Khamis, 28 November 2019 hingga hari Ahad, 1 Disember 2019 mulai jam 8:00 pagi hingga 6:00 Petang, bertempat di Kawasan Letak Kereta Bangunan Darul Huda, Pusat Da’wah Islamiah., Kampong Pulaie, Negara Brunei Darussalam.

Sebanyak 54 Vendors turut serta dalam tamu Usahawan tersebut mengikut kategori jualan masing-masing seperti:

-           Produk Kraftangan

-           Makanan Basah dan Kering beserta Minuman

-           Pakaian

-           Agrimakanan dan Pertanian (Sayur, Herba, buah dan tumbuhan)

Juga berbagai Aktiviti telah disediakan seperti:

-           Kuiz spontan

-           Pameran reptalia

-           Aktiviti memanah

-           Aktiviti menunggang kuda.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Hal Ehwal Ugama sukacita mengalu-alukan orang ramai untuk hadir bersama keluarga dalam sama-sama memeriahkan dan memberikan sokongan kepada Tamu Usahawan Asnaf Zakat ini, sekaligus membantu untuk menukar pola berfikir dan juga imej serta memberikan keyakinan kepada golongan asnaf penerima zakat untuk terus memacu perubahan dan menjadi usahawan mandiri yang berjaya. Sokongan orang ramai dalam sama-sama memeriahkan ekspo ini adalah satu sumbangan besar dalam membangun masyarakat yang harmonis dan berjaya.

Attachments
Created at 26/11/2019 10:24 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK
Last modified at 26/11/2019 10:24 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK