Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Scrolling Announcements

Manage PermissionsManage Permissions
MUSABAQAH MEMBACA AL-QURAN BAHAGIAN DEWASA PERINGKAT SEPARUH AKHIR KEBANGSAAN TAHUN 1441H/2019M

Kementerian Hal EHwal Ugama melalui Bahagian Kemajuan Syiar Islam memaklumkan bahawa Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan Tahun 1441H/2019M akan diadakan selama 3 hari berturut-turut bermula Hari Selasa, 01 Oktober 2019M hingga Hari Khamis, 03 Oktober 2019M bertempat di Bilik Sepakat 3, Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas, Negara Brunei Darussalam.

Oleh itu, dimaklumkan kepada semua peserta yang terlibat untuk datang lebih awal pada tarikh dan dan tempat yang ditetapkan.

Sebarang pertanyaan lanjut sila berhubung terus ke pihak Urus Setia Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan Tahun 1441H/2019M iaitu Bahagian Kemajuan Syiar Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, di talian 2382311 sambungan 226/237.

Sehubungan dengan itu, dimaklumkan bahawa Majlis Pengumuman Keputusan dan Penyampaian Cenderamata akan diadakan pada hari Khamis, 03 Oktober 2019M, bertempat di Bilik Sepakat 3, Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas, Negara Brunei Darussalam.

Attachments
Created at 30/9/2019 9:01 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK
Last modified at 30/9/2019 9:01 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK