Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Scrolling Announcements

Manage PermissionsManage Permissions
PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN UGAMA PERKHIDMATAN AWAM (PPUPA) KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA TAHUN 2019

Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Unit Pembaharuan Perkhidmatan Awam memaklumkan bahawa Peperiksaan Perkhidmatan Ugama Perkhidmatan Awam (PPUPA) bagi tahun 2019 akan diadakan pada bulan Oktober / November 2019.

Peperiksaan tersebut adalah bertujuan untuk:-

i.Membolehkan calon-calon yang gagal dalam kertas/kertas-kertas PPUPA dalam peperiksaan sebelumnya menduduki ulang bagi kertas/kertas yang mereka gagal;

ii.Membolehkan calon-calon yang dikehendaki menduduki PPUPA menduduki peperiksaan tersebut sebelum boleh ditetapkan dalam jawatan.

Sehubungan dengan itu, sukacita dipohonkan kepada pegawai-pegawai yang dikehendaki lulus dalam Peperiksaan Perkhidmatan Ugama Perkhidmatan Awam (PPUPA) iaitu pegawai-pegawai yang memegang jawatan Pegawai Ugama/Pegawai Perkembangan Ugama dan Pegawai Hal Ehwal Masjid dalam tanggagaji B.2/B.2 EB.3/G.13 yang masih menjalani tempoh percubaan atau belum ditetapkan dalam jawatan hendaklah memohon untuk menduduki peperiksaan tersebut dengan menggunakan Borang Peperiksaan Perkhidmatan Ugama Perkhidmatan Awam (PPUPA)

Borang-borang yang lengkap hendaklah dihadapkan kepada Pengarah Pentadbiran, Kementerian Hal Ehwal Ugama (UP:Unit Pembaharuan Perkhidmatan Awam, Jabatan Pentadbiran, Lantai Bawah, Bangunan Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan Majlis tidak lewat pada hari Khamis, 29 Ogos 2019M.

Borang Peperiksaan Perkhidmatan Ugama Perkhidmatan Awam (PPUPA) boleh didapati di laman Web Kementerian Hal Ehwal Ugama dengan mengklik pautan ini: BORANG PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN UGAMA PERKHIDMATAN AWAM (PPUPA).

Attachments
Created at 24/7/2019 10:52 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK
Last modified at 24/7/2019 10:52 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK